Tuesday, December 21, 2010

kenapa kadang-kadang bila kita rasa marah kita tak boleh nak luah kan?
terutama kepada orang yang kita sayang orang yang paling dekat dengan kita.
mula-mula dah siap pasang azam dalam hati

"kau buat aku bengang mampos kau aku fire,hahaha jangan buat main la ngan aku"

dalam hati boleh la cakap macam tu.
depan orang tu betul-betul ke kite fire die?
tak jadi kan.
tak sampai hati.sebab sayang sangat kan?
selagi boleh telan, kite telan je kan?

Friday, November 26, 2010

-,-

Aku selalu cakap dekat kawan-kawan dan family aku yang aku suke orang yang same perangai macam aku.
aku tak suke orang yang perangai bertentangan dengan aku.Contonya aku ni suka bercakap,gelak, makan banyak,bola,merepek,tidur.So orang yang aku suke atau sayang masa akan datang mesti macam tu jugak.Tapi dorang kata relationship macam ni takkan menjadi.Mereka kata kita mesti cari orang yang bertentangan sifatnya dengan kita.

Dorang cakap:-
  • kalau dua-dua nak bercakap sapa yang nak dengar?
  • korang suke team bola yang berbeza so nanti mesti jadi isu karang kalau ade yang kalah.(ye ke?)
  • tidur?tu memang hobi aku.so kalau la masa akan datang suami aku macam aku jugak kaki tidur ,keje satu haram pun tak jalan.Makan pasir la aku.
  • kalau dua-dua suka merepek jadi bilanya nak serious?
So?

Saturday, November 13, 2010

Thursday, November 11, 2010

mana satu?

ok...
kadang-kadang aku rase aku ni tak cukup ikhlas dalam menyuarakan pendapat..
aku mintak maaf..bukan sengaja pun..
nak jaga hati orang jugak.
and kau kawan aku pulak.
kau suruh jawab dengan jujur kan..banyak kali kau mintak aku jujur..
sorry babe memang tak boleh.
kalau aku jujur kau sakit karang.tak sanggup la nak tengok.

kau tanye aku pasal hati dan perasaan.
haish..
lagi lah aku tak boleh cakap.
aku tau kau keliru sebenarnya.
kalau aku cakap jujur kau mesti tak sanggup dengar.
serious weh.kau takkan sanggup..

kau nak dengar ke aku cakap macam ni
"tinggal kan die"
takkan.
aku pun tak sampai hati nak cakap..
nanti banjir pulak bilik ni.
nak lap satu hal pulak.
tak de keje aku.

so senang cite kau fikir betul-betul ape yang kau nak sebenarnya dalam hidup kau.
kau ade banyak pilihan.
kalau kau happy tu pilihan yang betul la
kalau kau sengsara..hmm nampak sangat yg kau tak fikir betul-betul dalam buat keputusan.

so..
selamat berjaya kawan..

Wednesday, November 10, 2010

selamat

SELAMAT HARI JADI Pn. Yarni bt. Muhammad Nasir.
HAPPY ANNIVERSARY emak dan ayah.

Friday, November 5, 2010

delete.

sign in Facebook.
stalk orang kejap.
uhh.tak best la pulak.

tengok online friends.
oh.online rupenye kau.
tekan name kau.

tulis something..

delete..

tak jadi send pun.

aku takut.

bye..aku lupekan kau.

R I N D U

banyak aku nak cakap...
tapi yang paling penting aku nak cakap yang aku rindu.
aku rindu kan semua.rindu waktu kita lepak sama-sama.
gelak,buat cerita mengarut,lepastu sambung sampai jadi sebuah cerita tipu.
aku nak putar balik keadaan.Tapi tak boleh kan.Alahai...dah masuk mood leleh ni.Tapi sumpah RINDU keadaan macam tu.Aku call dan korang angkat.TERIMA KASIH.Lepastu layan cerita mengarut aku yang nak kawen time degree dengan fahrin ahmad pulak tu mengarut kan?
Tapi TERIMA KASIH sebab layan aku, aku suke bile dapat dengar suara korang.Aku post something kat FB korang comment.TERIMA KASIH.At least aku tau yang korang masih kenal aku, aku suke sangat.Bile aku duduk sorang-sorang mesti teringat kan korang.Kite semua dah jauh kan.Tapi takpe 'jauh di mata dekat di hati'..jiwang pulak.

ape-ape pun aku sayang korang dan TERIMA KASIH sebab masih ingat kan aku

Thursday, November 4, 2010

McD

waaaaaaaaaaaa.aku benci dengan mamat annoying mcd yang aku jumpe tadi.

Saturday, October 30, 2010

apa kata bintang

:)
Ku tak tahu apa yang terjadi
Pada hatiku ini
tak ku mengerti

Getar ini belum pernah ada
Tak pernah kurasakan
Selama ini

Malu-malu aku mengakuinya
Karena aku kini belum dewasa

Berjuta cahaya datang padaku
Menari ditanganku
Menyanyikan lagu tentangnya
Duhai bintang mungkinkah
Yang kurasa
Apakah sudah saatnya
Untuk ku menyukainya

Sekarang ku sering melamun
dan juga kusenang bercermin
Oh mengapa ini

Malu-malu aku mengakuinya
Karena ku belum dewasa
Berjuta cahaya datang padaku

Berjuta cahaya datang padaku
Menari ditanganku
Menyanyikan lagu tentangnya
Duhai bintang mungkinkah
Yang kurasa
Apakah sudah saatnya
Untuk ku menyukainya

Malu-malu aku mengakuinya
Karena ku kini belum dewasa

Berjuta cinta yang datang padaku
Menari ditanganku
Menyanyikan lagu tentangnya
Duhai bintang mungkinkah
Yang kurasa
Apakah sudah saatnya
Untuk ku menyukainya

Berjuta cinta yang datang padaku
Menari ditanganku
Menyanyikan lagu tentangnya
Duhai bintang mungkinkah
Yang kurasa
Apakah sudah saatnya
Untuk ku menyukai dirinya

Apakah sudah saatnya
Untuk ku menyukai dirinya

Tibe-tibe aku suke kan lagu ni pulak.
setiap hari nak dengar.
Apa Kata Bintang by Gita Gutawa

Friday, October 22, 2010

Kadang-kadang aku rase teruk sangat.Aku penah rase yang bila aku balik ke rumah aku tak nak keluar pun dari rumah.Bila kau duduk sorang-sorang macam-macam benda buruk yang aku bayangkan.Contohnya tiba-tiba voldemort muncul depan aku dan tak de Harry Potter tolong aku.Haih,aku tak tau sebab ape, mungkin aku terpengaruh dengan cerita-cerita yang aku tengok.
Bila aku dengan orang-orang terdekat tak pernah nak tenang.Mesti bergaduh.Kalau dengan kawan-kawan ok.Tapi lame-lame rase sakit hati pulak.Bende kecik je pun aku dah nak sakit hati sangat.Aku jadi sangan sensitive dengan setiap ape yang orang katakan dekat aku.Aku dah jadi macam pesakit yang memerlukan doktornya sekarang ni.

kalau tengah happy tak kesah sebab ape pun comfirm lah muka macam kerang busuk senyum macam menang loteri kan.Kalau ade duit time tu memang tak keash lah nak belanje sape2 pun.Mood tengah baik lah kate kan.

Kalau tengah marah, huh tak payah nak tegur sang
at.Orang tanye sepatah, sepatah lah aku jawab.
"ohh..hmmm..ntah"jawapan biase aku bile orang tanye something.Kalau cari pasal.Haih.. sorry maki hamun menunggu anda.
'Pegi mati lah kau' sorry kawan kalau ade yang penah kene.

Serious aku memang tak pandai nak kawal kemarahan aku.Yang aku tau semakin meningkat umur aku aku
punye tahap kesabaran makin nipis.Pasal benda kecik aku boleh melenting.

Thursday, October 14, 2010

dan aku sangat BENGANG

aku boleh sabar.kalau benda tu sekali dan dua kali je.tapi bila dah banyak kali kau buat benda yang sama aku bengang lah.Jangan ingat diam aku,aku tak kisah,jangan ingat gelak aku tu tandanya aku suka.Eh mmg what the EF lah kalau kau rae macam tu.Aku bukan barang minan oke.Sabar aku pun ade had.mmg buat aku rase nak maki la kau ni.Aku da rase menyampah pulak dengan kau.
haish.

Tuesday, October 12, 2010

tiba2 je rindukan korang semua.

Nurul Afiqah
Nur Diyana
Azlin Nadia
Radziatul Afwa
Nurul Atiqah
Cathreena Chee
Jayne
Muahamad Azuan
Muhammad Khairul Amir

Friday, October 1, 2010

exam+assignment+masalah= buat aku sakit

harapan

kalau aku kate aku dah hilang harapan untuk hidup dengan kau,
kau silap.
aku masih harapkan kau.

Tuesday, September 28, 2010

kecewa???

kenapa kau kecewa sangat??
apa guna aku di sini sayangku kalau bukan untuk tenangkan hati kamu??
kita kan SAHABAT
kau beranggapan yang aku sangat kuat kan?
ya..
aku memang tak boleh manangis.
kalau kau sedih aku tak boleh bersedih.
tapi kau perlu tahu satu benda yang aku sebenarnya sangat....
RAPUH..
rapuh macam biskut.
tunggu masa untuk hancur.

tapi jangan risau.
aku tak akan hancur.
sebab aku ada engkau dan orang-orang yang aku sayang.



Friday, September 24, 2010

Aku rindukan orang-orang yang aku sayang

gambar kamu semua di dalam dompet aku.

Monday, September 6, 2010

dah nak raya.
tapi aku rasa macam ada yang tak lengkap..

dan...
bila difikirkan kembali.
lebih baik aku bersyukur sahaja dengan ape yang ada sekarang ni.
ada orang lebih teruk dari aku dekat luar sana.
langsung tiada apa-apa.
sekurang-kurangnya aku ada mak dan ayah.

Thursday, August 19, 2010

aku sudah mula bosan dengan hidup aku.

hanya ada warna hitam dan putih.
sangat membosankan.

Friday, August 6, 2010

status facebook

"if i could change everything" *suffer*


comment kawan


‎..ape bnde yg ko nk change sgt tu?

aku jawab

macam2, tak tertulis kalau nak tulis kat sini.ade la setebal novel yang aku bace tak pun sebanyak episod cite kore yg selalu aku tengok.


hmm.aku tak tau ape yang aku nak ubah sangat tu.
kebelakangan ni hidup aku macam kucar-kacir sikit.
dari segi luaran aku masih boleh bergurau,gelak dan cakap bende yang merapu2 lagi.
tapi sebenarnya aku tak nak gelak pun.
aku tak teringin pun cakap bende-bende merapu tu.
tapi...
bende tu still terjadi kan??
kadang-kadang aku rase macam nak duduk sorang-sorang dalam bilik kosong lepastu kunci dari luar.
biar orang tak tahu kewujudan aku.


aku confuse sebenarnya.

Friday, July 30, 2010

pengarang jantung family aku.


impian dia:-
  1. nak masuk AF9
  2. nak jadi doktor kanak-kanak
  3. nak beli rumah banglo
  4. nak pakai kereta estima
yang dia suka:-
  1. chocolate
  2. barbie.com
  3. lagu lady gaga
  4. merepek
ayat die yang aku suke:-
  1. "yam rase tubuh badan yam dah macam mak,sakit-sakit lah"
  2. (kalau result tak ok)"ayah yam tak pandai pun tak pe asalkan solat,betul kan ayah??"
  3. "mak ingat senang ke bahasa arab??cube mak buat.mak pun tak boleh jawab tau.(semasa dapat result bahasa arab cukup2 makan je)
dia ialah:-
Maryam bt Mat Nazan.


aku sayang die.
aku sanggup buat ape pun untuk die.


(*_*)

kenapa lah kau buat aku suke kau.


adeh...

Sunday, July 25, 2010

it's complicated.
kadang-kadang kau buat aku terfikir tentang ape yang aku rase terhadap kau. bila aku renungkan kembali, aku tak jumpa pun jawapan yang aku perlukan tu.

aku keliru sama ada jawapannya YA atau TIDAK.





...warna cinta

Friday, July 23, 2010

oh..bosannya duduk asrama ni.
dah la tak boleh balik rumah.

kata mak aku-

"kakak tak payah nak balik rumah sangat,duduk je hostel. belajar"

hahaha.belajar lah sangat.selalunya masa aku diisi dengan tidur sahaja.

Tuesday, July 20, 2010

NURUL AFIQAH ABU SHAH

selamat ulang tahun NURUL AFIQAH.
sorry aku terlambat.
sayang kau selama-lamanya.

arghh..

kenapa???
aku kene duduk satu tempat dengan orang yang aku benci..
aku baru ingat yang aku boleh lari dari kau.
baru nak tenang kau dah datang balik,porak perandakan perasaan aku.

huh..


balik ni dah boleh menangis T_T

Monday, July 19, 2010

ok..
lebih baik aku jujur je eh..
sumpah..aku benci kau.





cukup jujur ke ni?
tak kan?



Tuesday, July 6, 2010

aku mintak maaf kalau kadang-kadang aku tak anggap kau sahabat aku.
sebab aku dah ada sahabat yang aku sayang.
tapi,kau kawan aku.
jangan risau


sorry.

Sunday, July 4, 2010

tiba masa aku senyap buat seketika.
dengan keadaan yang serba baru semuanya.
sumpah..
aku tak biasa dengan semua ini.

Saturday, June 26, 2010

post ini di tulis semasa aku tengah bengang tahap gaban.Memang rasa macam sial lah kan.Aku call elok-elok cakap baik punya lemah lembut kau tinggi kan suara.Aku sabar,kau lebih tua dari aku.Pangkat mak bagi aku,aku kena hormat kau.Tapi bila aku nak tanye lagi satu soalan tiba..tiba..

tuut..tuut..tuut..
talian dah di putuskan.


ok tu dah membuatkan aku rasa cukup bengang.
dah kerja kau jawab panggilan pelajar macam aku lah.Itu dah kerja kau.
shit lah...


maafkan aku kerana mencarut.

Wednesday, June 23, 2010

hari RABU yang sangat bermakna.

untuk satu hari RABU ini aku betul-betul menghargai sesebuah kehidupan.

Monday, June 21, 2010


.....

setakat ini masih banyak yang ingin aku katakan

mungkin belum masanya untuk aku diam.
yang pasti masa untuk aku diam akan tiba satu hari nanti.
pada masa itu tak siapa pun yang mampu buat aku bercakap semula.

T_T

aku tak sangka senang betul nak sakit kan hati kau.

dan bila kau bertindak sebegitu sebenarnya kau pun sedang menyakitkan hati aku.

aku benci.

bila keadaan bertukar menjadi serba tidak kena antara kita.

kita

mugkin kita macam ini


atau macam ini
mesti boleh punya =p
itu pun kalau semua orang mahukannya







Friendship is one mind in two bodies.



Sunday, June 20, 2010

jujur ATAU tidak?

Jujur atau tidak itu terpulang kepada engkau,engkau sahaja yang bisa menentukan sama ya atau tidak bahawasanya engkau akan jujur.


Lebih senang engkau terus katakan apa yang engkau rasa dari membiarkan manusia-manusia sekeliling membuat kesimpulan sendiri tentang kenyataan-kenyataan yang engkau keluarkan.Lebih baik engkau berterus terang sahaja.Katakan benci jika benci,jangan hipokrit.Padamkan sahaja senyuman engkau itu jika engkau tidak ikahlas memberi.

Bimbang..engkau mungkin tidak mampu menaggung segala sindiran sinis mereka di sekeliling.Mereka sangat kejam itu kenyataan yang perlu engkau tahu.Tapi buat masa sekarang engkau yang meminta hati engkau disakiti oleh mereka semua.
Engkau mungkin perlukan seorang doktor sakit jiwa nanti.


nasihat tulus ikhlas dari aku:-berhentilah jadi orang lain.egkau lagi baik dari orang lain itu.


Friday, June 18, 2010

tanpa LESEN

bilalah aku akan dapat lesen.
aku dah tak boleh sabar ni.

uncle lesen tolong lah call saya.lambat lah uncle ni.
hahahaha...

dah berapa kali aku bawak kereta secara haram?

first:pada 17 jun 2010.lokasi bermula dari putrajaya ke KL
muka confident je masa bawak kereta kawan aku tu.Padahal dalam hati
perghh..takot gila.Kereta polis lalu sebelah buat-buat cool je lah yang aku mampu.
padahal dah menggigil.

second:pada 19 jun 2010.lokasi di sekitar rumah aku.mak dah suruh bawak ape lagi tibai je la.
mase bila lai nak dapat peluang macam ni.
heheh.

third:???
tak tahu lagi bila.ngeh3..
hmm..time tu maybe aku dah ade lesen.
so aku drive secara sah la.

sekarang aku masih digelar sebagai pemadu haram.
hahah.

tak SAMA

apa yang aku buat sekarang bertentangan dengan kehendak hati aku.
aku keliru sendiri.

memikirkan wajarkah aku bertindak sebegitu.
hati kata tidak.
tapi ianya tetap berlaku.

mungkin ada alasan tersendiri

aku..TAK MAHU SAKITKAN SESIAPA.
minta maaf HATI.
aku tak dapat ikut kamu.


MAAFkan aku.


Sunday, June 13, 2010

antara A , F dan TANGISAN

"Eh!asal ko selalu senyum ah setiap kali kau masuk kelas?"

"apasal ko ni F? kusut je aku tengok dah macam tak betul dah.kau ni la kan.
aku senyum pun jadi issue ke?"

"ye lah ko selalu sangat happy,tak pun mesti keje ko ketawa je.kau ok tak?"

"hahaha"(ketawa).tu lah lambang kebahagiaan.aku tak pernah fikir masalah aku.Masalah tu letak belakang dulu.
kau selalu-selalulah senyum ye.
Mesti dah tak kusut-kusut lagi dah".
"hahahahahaha"(ketawa lagi)


"Ade pulak macam tu eh?"


hidup aku ni gelak ketawa dah jadi benda wajib.
aku suke sangat gelak, jadi tak normal dan bukan diri aku kal
au aku tak ketawa sehari.
tapi orang tak tahu sebenarnya aku tak suka gelak.

aku..
aku..

aku..sebenarnya...
lebih..
suka..



MENANGIS...

Saturday, June 12, 2010

................

aku banyak menangis dari ketawa?

betul ke???
berfikir sejenak.....
......
......
......
......


jawapan:-
ya,kerana aku tak pernah belajar membahagiakan diri sendiri.


aku hanya seorang

hmm.hati tengah sakit.rasa macam nak pecah je dada ni,tak tahu nak luahkan dekat siapa tapi yang aku pasti aku rasa sangat sakit .Rasa macam nak nangis tapi takde air mata yang keluar,rasa macam nak lari jauh-jauh tapi aku tak mampu tinggal kan orang yang aku sayang,sebabnya bila aku mula berlari aku akan tinggalkan mereka, itu yang aku pasti.
Apa yang aku boleh buat?
Apa tindakan yang aku patut ambil?

solutionnya...

Aku akan cuba bahagiakan diri sendiri,sorokkan segala kesedihan,senyum sahaja.Buatkan orang sekeliling percaya yang aku sangat bahagia dengan kehidupan aku ini.

Walaupun hanya aku sahaja yang tahu hakikatnya"aku sedang menangis"


Wednesday, June 2, 2010

3 idiots

3 idiot.hahah.pelik kan bunyi die.hmm.ni lah tajuk filem hindi yang baru aku habis tonton dekat TV tadi.
ok,sejak mak aku melanggan astro box office ni aku memang gila tengok TV tambahan pula sekarang cuti semester lagi gila lah aku menonton.
ok..ok..berbalik kepada 3 idiots ni.cerita dia memang 'superb'aku suke sangat tengok cerita ni memang aku boleh gelak sampai keluar air mata dan disebabkan cerita ni jugak aku menangis.haha.macam kelakar kan
menangis sebab tengok cerita hindi.
Alkisahnya bermula apabila si Farhan Qureshi,Raju Ratsogi bertemu seseorang yang akan mengajar mereka mengenal erti sebuah kehidupan yang sebenarnya,Rancchoddas"rancho" Shyamaldas Chanchad.huh.die memang kawan yang hebat dan die memang seorang yang 'cool'.Dalam ni dia selalu cakap kat kawan die supaya jadi orang yang cemerlang sebab kejayaan akan menyusul selepas itu.
Cerita ni sebenarnya menekakan erti persahabatan yang sebenarnya.Betapa kita memerluk
an seorang sahabat dalam hidup kita ni.Kawan memang senang nak cari tapi sahabat ? susah.Semua orang boleh jadi kawan kita tapi tak semua boleh jadi sahabat kita.Sahabat orang yang sanggup dengar rungutan kita tanpa bosan,dia juga orang yang saggup angkat call kita pagi-pagi buta, juga orang yang sanggup menangis dan ketawa bersama-sama kita.Itulah sahabat sebenarnya.
Syukurlah aku ada sahabat yang aku sangat sayang selagi aku bernafas di muka bumi ini.Kepada sahabat-sahabat aku,aku nak bagi tau yang aku sangat
sayang kamu semua.
ni an
tara gambar cerita 3 idiots yang aku tonton: -

Tuesday, June 1, 2010

CUTI SEMESTER

betapa bosannya cuti semester kali ini tak dapat aku gambarkan melalui kata-kata disebabkan ketandusan wang aku tak keluar rumah dan aktiviti hangout bersama kawan-kawan sifar=0/tiada aku malas(senang cakap malulah nak mintak mak ayah)
sebab aku dapat duit mara, cuma sekarang ni aku tak berkesempatan ambil lagi sebab emak sangat sibuk.
tunggu lah duit,haha.(yang akan diambil semasa cuti sekolah)sekarang ini aku sedang membiasakan diri aku dengan rutin-rutin aku yang sangat bosan antaranya ialah:-


  • mengemas rumah
  • membasuh kain
  • melipat kain
  • sidai kain
  • tolong emak masak + kemas dapur setelah digunakan olehnya
  • gosok baju maryam dan aziz
  • tunggu maryam selamat keluar ke rumah dan menaiki van ke sekolah
  • kene bebel dengan ayah setiap petang sebab ade je bende yang tak perfect kat ayah.
huh.inilah kerja-kerja yang aku buat sepanjang bercuti ni.hmm.
yang last sekali pun boleh dikira sebagai kerja sebab aku terpaksa menadah teliga mendegar ayah
mendendangkan bebelannya.seronok aku.
terima kasih ayah.



Tuesday, March 9, 2010

adek

06/03/10
1st time aku hang out dengan adek aku..
selame ni aku x penah hang out dengan die..selalunye msti ade mak aku sekali..
aku igt x best kuar ngan adek ni..hmmm..
ok gak..di sebabkan sangat boring aku ajak die keluar.
dan destinasi yang ditujui semestinya KL
banyak yang kami borakkan bersama..
x rugi aku kuar dengan die..

Saturday, February 20, 2010

I laugh, I love, I hope, I try, I hurt, I need, I fear, I cry.
And I know you do the same things too,
So we're really not that different, me and you.

Friday, February 12, 2010

CUTI

cuti sem sudah pun bermula..selama seminggu..macam x cuti je aku rase..
assignment berlambak gile..baek x payah bagi cuti kot.
same je.
dok uma kne wat assignment.

tp..............
aku akan buat ke?

hehehehe..
tengok je la..

Friday, February 5, 2010

TEST

hari ni ade test costing..hmm bole lah, nak kate susah x la jgk.
tp kalau aku x dpt markah yang memuaskan maknenye aku cuai la tu.hahahaha.esok sabtu ade test lg.haish cuti pn ade test..mmg x nak kasi org rehat betol..next week pn same penuh dengan test sahaja..test..test..test..sangat membosankan..x bole ke belajar je..x payah ade test..pastu cukup mase grad je..mesti ramai suke..

betol x??
heeeeeeeeeee..

Tuesday, February 2, 2010

DUIT

Aku da dapat duit mara untuk bulan kedua...then aku bg tau mak aku melalui sms.pd malamnya mak aku call.die tnye da masukkan duet dlm bank ke blum?
aku jawab la blum..x de mase..nnty2 la..then die ckp beli la kasut,beg n baju baru.
abiskan duit mara tu..adush..sakit nye ati.aku bukan trok sgt nak abeskan duet tu..
aku x de pn terfikir nak enjoy gne duet tu..aku nak kne bayar duet ostel rm900 so kne la berjimat..mak2 nape la suke serkap jarang je..sebab tu la aku malas nak balek uma..

hmmm..

weh.

kenape sume da jadi serba x kene ni??
aku makin x paham dangan situasi sekarang ni.
banyak benda yang dah di salah ertikan.
sampai bile nak jadi cmni?
sampai bile kite sume boleh bertahn dalam situasi mcm ni?
sampai bile?

ade jawapan x??
hmm....

nad dan nadrah

akulah budak yang baru belajar bagaimana nak meluahkan apa yang terpendam..