Saturday, June 26, 2010

post ini di tulis semasa aku tengah bengang tahap gaban.Memang rasa macam sial lah kan.Aku call elok-elok cakap baik punya lemah lembut kau tinggi kan suara.Aku sabar,kau lebih tua dari aku.Pangkat mak bagi aku,aku kena hormat kau.Tapi bila aku nak tanye lagi satu soalan tiba..tiba..

tuut..tuut..tuut..
talian dah di putuskan.


ok tu dah membuatkan aku rasa cukup bengang.
dah kerja kau jawab panggilan pelajar macam aku lah.Itu dah kerja kau.
shit lah...


maafkan aku kerana mencarut.

Wednesday, June 23, 2010

hari RABU yang sangat bermakna.

untuk satu hari RABU ini aku betul-betul menghargai sesebuah kehidupan.

Monday, June 21, 2010


.....

setakat ini masih banyak yang ingin aku katakan

mungkin belum masanya untuk aku diam.
yang pasti masa untuk aku diam akan tiba satu hari nanti.
pada masa itu tak siapa pun yang mampu buat aku bercakap semula.

T_T

aku tak sangka senang betul nak sakit kan hati kau.

dan bila kau bertindak sebegitu sebenarnya kau pun sedang menyakitkan hati aku.

aku benci.

bila keadaan bertukar menjadi serba tidak kena antara kita.

kita

mugkin kita macam ini


atau macam ini
mesti boleh punya =p
itu pun kalau semua orang mahukannya







Friendship is one mind in two bodies.



Sunday, June 20, 2010

jujur ATAU tidak?

Jujur atau tidak itu terpulang kepada engkau,engkau sahaja yang bisa menentukan sama ya atau tidak bahawasanya engkau akan jujur.


Lebih senang engkau terus katakan apa yang engkau rasa dari membiarkan manusia-manusia sekeliling membuat kesimpulan sendiri tentang kenyataan-kenyataan yang engkau keluarkan.Lebih baik engkau berterus terang sahaja.Katakan benci jika benci,jangan hipokrit.Padamkan sahaja senyuman engkau itu jika engkau tidak ikahlas memberi.

Bimbang..engkau mungkin tidak mampu menaggung segala sindiran sinis mereka di sekeliling.Mereka sangat kejam itu kenyataan yang perlu engkau tahu.Tapi buat masa sekarang engkau yang meminta hati engkau disakiti oleh mereka semua.
Engkau mungkin perlukan seorang doktor sakit jiwa nanti.


nasihat tulus ikhlas dari aku:-berhentilah jadi orang lain.egkau lagi baik dari orang lain itu.


Friday, June 18, 2010

tanpa LESEN

bilalah aku akan dapat lesen.
aku dah tak boleh sabar ni.

uncle lesen tolong lah call saya.lambat lah uncle ni.
hahahaha...

dah berapa kali aku bawak kereta secara haram?

first:pada 17 jun 2010.lokasi bermula dari putrajaya ke KL
muka confident je masa bawak kereta kawan aku tu.Padahal dalam hati
perghh..takot gila.Kereta polis lalu sebelah buat-buat cool je lah yang aku mampu.
padahal dah menggigil.

second:pada 19 jun 2010.lokasi di sekitar rumah aku.mak dah suruh bawak ape lagi tibai je la.
mase bila lai nak dapat peluang macam ni.
heheh.

third:???
tak tahu lagi bila.ngeh3..
hmm..time tu maybe aku dah ade lesen.
so aku drive secara sah la.

sekarang aku masih digelar sebagai pemadu haram.
hahah.

tak SAMA

apa yang aku buat sekarang bertentangan dengan kehendak hati aku.
aku keliru sendiri.

memikirkan wajarkah aku bertindak sebegitu.
hati kata tidak.
tapi ianya tetap berlaku.

mungkin ada alasan tersendiri

aku..TAK MAHU SAKITKAN SESIAPA.
minta maaf HATI.
aku tak dapat ikut kamu.


MAAFkan aku.


Sunday, June 13, 2010

antara A , F dan TANGISAN

"Eh!asal ko selalu senyum ah setiap kali kau masuk kelas?"

"apasal ko ni F? kusut je aku tengok dah macam tak betul dah.kau ni la kan.
aku senyum pun jadi issue ke?"

"ye lah ko selalu sangat happy,tak pun mesti keje ko ketawa je.kau ok tak?"

"hahaha"(ketawa).tu lah lambang kebahagiaan.aku tak pernah fikir masalah aku.Masalah tu letak belakang dulu.
kau selalu-selalulah senyum ye.
Mesti dah tak kusut-kusut lagi dah".
"hahahahahaha"(ketawa lagi)


"Ade pulak macam tu eh?"


hidup aku ni gelak ketawa dah jadi benda wajib.
aku suke sangat gelak, jadi tak normal dan bukan diri aku kal
au aku tak ketawa sehari.
tapi orang tak tahu sebenarnya aku tak suka gelak.

aku..
aku..

aku..sebenarnya...
lebih..
suka..



MENANGIS...

Saturday, June 12, 2010

................

aku banyak menangis dari ketawa?

betul ke???
berfikir sejenak.....
......
......
......
......


jawapan:-
ya,kerana aku tak pernah belajar membahagiakan diri sendiri.


aku hanya seorang

hmm.hati tengah sakit.rasa macam nak pecah je dada ni,tak tahu nak luahkan dekat siapa tapi yang aku pasti aku rasa sangat sakit .Rasa macam nak nangis tapi takde air mata yang keluar,rasa macam nak lari jauh-jauh tapi aku tak mampu tinggal kan orang yang aku sayang,sebabnya bila aku mula berlari aku akan tinggalkan mereka, itu yang aku pasti.
Apa yang aku boleh buat?
Apa tindakan yang aku patut ambil?

solutionnya...

Aku akan cuba bahagiakan diri sendiri,sorokkan segala kesedihan,senyum sahaja.Buatkan orang sekeliling percaya yang aku sangat bahagia dengan kehidupan aku ini.

Walaupun hanya aku sahaja yang tahu hakikatnya"aku sedang menangis"


Wednesday, June 2, 2010

3 idiots

3 idiot.hahah.pelik kan bunyi die.hmm.ni lah tajuk filem hindi yang baru aku habis tonton dekat TV tadi.
ok,sejak mak aku melanggan astro box office ni aku memang gila tengok TV tambahan pula sekarang cuti semester lagi gila lah aku menonton.
ok..ok..berbalik kepada 3 idiots ni.cerita dia memang 'superb'aku suke sangat tengok cerita ni memang aku boleh gelak sampai keluar air mata dan disebabkan cerita ni jugak aku menangis.haha.macam kelakar kan
menangis sebab tengok cerita hindi.
Alkisahnya bermula apabila si Farhan Qureshi,Raju Ratsogi bertemu seseorang yang akan mengajar mereka mengenal erti sebuah kehidupan yang sebenarnya,Rancchoddas"rancho" Shyamaldas Chanchad.huh.die memang kawan yang hebat dan die memang seorang yang 'cool'.Dalam ni dia selalu cakap kat kawan die supaya jadi orang yang cemerlang sebab kejayaan akan menyusul selepas itu.
Cerita ni sebenarnya menekakan erti persahabatan yang sebenarnya.Betapa kita memerluk
an seorang sahabat dalam hidup kita ni.Kawan memang senang nak cari tapi sahabat ? susah.Semua orang boleh jadi kawan kita tapi tak semua boleh jadi sahabat kita.Sahabat orang yang sanggup dengar rungutan kita tanpa bosan,dia juga orang yang saggup angkat call kita pagi-pagi buta, juga orang yang sanggup menangis dan ketawa bersama-sama kita.Itulah sahabat sebenarnya.
Syukurlah aku ada sahabat yang aku sangat sayang selagi aku bernafas di muka bumi ini.Kepada sahabat-sahabat aku,aku nak bagi tau yang aku sangat
sayang kamu semua.
ni an
tara gambar cerita 3 idiots yang aku tonton: -

Tuesday, June 1, 2010

CUTI SEMESTER

betapa bosannya cuti semester kali ini tak dapat aku gambarkan melalui kata-kata disebabkan ketandusan wang aku tak keluar rumah dan aktiviti hangout bersama kawan-kawan sifar=0/tiada aku malas(senang cakap malulah nak mintak mak ayah)
sebab aku dapat duit mara, cuma sekarang ni aku tak berkesempatan ambil lagi sebab emak sangat sibuk.
tunggu lah duit,haha.(yang akan diambil semasa cuti sekolah)sekarang ini aku sedang membiasakan diri aku dengan rutin-rutin aku yang sangat bosan antaranya ialah:-


  • mengemas rumah
  • membasuh kain
  • melipat kain
  • sidai kain
  • tolong emak masak + kemas dapur setelah digunakan olehnya
  • gosok baju maryam dan aziz
  • tunggu maryam selamat keluar ke rumah dan menaiki van ke sekolah
  • kene bebel dengan ayah setiap petang sebab ade je bende yang tak perfect kat ayah.
huh.inilah kerja-kerja yang aku buat sepanjang bercuti ni.hmm.
yang last sekali pun boleh dikira sebagai kerja sebab aku terpaksa menadah teliga mendegar ayah
mendendangkan bebelannya.seronok aku.
terima kasih ayah.