Wednesday, January 19, 2011

Tuesday, January 18, 2011

semua orang cakap benda yang sama:

kau ni "blurr" la.


hold on

Rase macam dah tak boleh tahan lagi dengan keadaan sekarang.Kadang-kadang rase sakit sangat kat dada macam kene hempuk dengan batu je.Nak luahkan dekat orang tapi aku pulak bukan orang yang suke luah kan ape yang aku rase.Selagi aku boleh sabar aku tak kesah tapi sebenarnya benda tu akan menyusahkan aku jugak nanti.Ade jugak aku rase nak hidup sorang-sorang je tak payah ade kawan lagi senang kan.Tapi bile fikir balik akan aku nak putusakan perhubungan yang pernah terjalin selama berapa tahun ini.Walaupun banyak terasa sebenarnya mereka lah yang banyak buat aku ketawa,walaupun kadang-kadang aku tak ikhlas.Huh.aku ni memang hipocrite tu memang tak di nafikan.Aku tak tahu selama mane lagi aku mampu bertahan.


Sunday, January 16, 2011

jauh

Aku tak tau kenapa semua dah kena sekarang ni.Apa yang aku cuba plan semakin tak menjadi.Apa yang aku harapkan semakin jauh dari aku.Semua jadi kucar-kacir.Semua benda ni jadikan aku semakin jauh dari mereka semua walau pun dekat sebenarnya aku dengan mereka semua. Disebabkan satu benda ada gap yang luas antara aku dan mereka semua.Aku benci keadaan yang tak betul ni.Aku mungkin perlukan sedikit motivasi.Mungkin aku sangat rindukan mereka yang aku sayang.Nak balik tapi kadang-kadang aku rasa macam takde sapa yang nampak kewujudan aku.So, lebih baik stay kat tempat yang sepatutunya aku berada.Kadang-kadang aku tunggu pangiilan telefon dari family 1,2,3,4,5 hari aku tunggu tapi tak de sorang pun yang telefon.Mereka buat aku terfikir, sibuk sangat ke?? parent orang lain boleh je telefon.Tapi aku cuba untuk berfikiran positif mungkin mereka mahu aku lebih berdikari jangan selalu sangat bergantung pada family.

yeke??
aku rindu sebenarnya :|

Wednesday, January 12, 2011

"mereka"

Aku tak tahu apa yang aku rasa sekarang tapi semakin lama aku semakin tak selesa dengan keadaan sekeliling aku.Bukan aku tak bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang ni tapi sebenarnya aku takut yang pendapat aku tak boleh diterima oleh orang lain.Pernah seketika dulu kita berkawan dan bersosial bersama-sama tapi sekarang aku tak tahu kenapa aku sering elakkan diri dari duduk semeja dengan mereka.Aku bukan antisosial cuma aku perlukan warna baru dalam hidup aku,suasana yang baru bersama mereka-mereka yang mempunyai sama minat dengan aku, mereka yanng boleh memberi pendapat dan menerima pendapat aku.Hidup aku cukup bila ada family aku dan mereka yang memahami aku.

1000

kalau kau pernah cakap kau bertuah sebab ada aku.Aku pulak nak cakap yang aku 1000 kali bertuah sebab ada kau.

Monday, January 3, 2011

pink kadang-kadang membahagiakan.