Saturday, May 14, 2011

Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah
berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati’.

confused kan?
Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa?

explanation:
Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati
dengan penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi, dosa kita lebih besar dari dosa dia.
Uikk, tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun kan?
Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.

blur*

Kenapa kita dihina oleh orang itu? Kerana itu adalah ujian daripada Allah.
Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu?
Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia.
Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian
Allah turunkan.
Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang tetapi kecil hati dengan Allah.

Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita..
’Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu..’ dan sebagainya.
Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain..
‘Kesian kawan kita tu..budak tu dah banyak sakitkan hati dia..’
jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap..

termakan cili*

So conclusion is, jangan mudah terasa hati..
Maknanya kita tak redha dengan Allah. Nanti Allah pun tak redha dengan kita..
Na’uzubillah..


“maksudnya, Allah bagi kita ujian agar kita tabah apabila di hina macam tu,
tapi kalau kita tak tabah,kita canangkan dekat satu dunia yang orang tu
hina kita maksudnya kita tak redha lah tu.
At the same time kita macam salahkan Allah pula. Dosalah tu.
Sepatutnya kita redha dan banyakkan bersabar.”

Thursday, May 12, 2011

Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a

Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Jujur dalam berkata-kata.

2) Menjauhi segala yang haram.

3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Merahsiakan ibadahnya

2) Merahsiakan sedekahnya.

3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.

Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Takut berlaku dusta dan keji.

2) Menjauhi kejahatan.

3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Mengawasi dirinya.

2) Menghisab dirinya.

3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Sunday, May 1, 2011

titik

yes,memang kadang-kadang aku rase bengang dan marah bila bukan silap aku, aku yang kene tempiasnya.Alasannya,aku ada kat tempat tu.Orang yang patut kene marah tu takde kat tempat tu.Tapi aku tak kesah.Aku ambil sebagai nasihat je benda tu.Tapi kene fikir la jugak bila kau buat perangai semua orang kene tempiasnya.Kadang-kadang memang dia tu nampak cool tapi sebenarnya dia pendam je.Nanti last-last aku jugak yang dia call.Aku tak kesah mungkin tu cara dia lepaskan apa yang dia rasa.Orang yang aku sangat sayang jugak tak salah aku luangkan masa untuk dia sekejap.Kalau dia boleh bersusah payah bawak perut besar 10 bulan untuk aku,kene operate demi aku.Akan nak layan dia cakap untuk 15 minit tak boleh.Tak luak pun masa.

Kau pernah fikir tak ape yang dia rasa.Mungkin dan memang pernah kau fikir.Tapi kau fikir macam mana?kau tak tau sampai dia kecil hati dengan perangai kau.Kenapa tak boleh luangkan masa untuk dia.Untuk family dia?padahal family kau jugak.Berjimba dengan kawan kau boleh untuk family tak boleh.Bila buka cerita pasal tutup aurat kau nak melenting GOOD.Otak kau, benda dah wajib tetap kene buat.Kau nak tunggu bile?mati tu kita tak tau bila maunya tak sempat nak bertaubat susah la weh.Jangan nak tunggu seru je.Ntah-ntah seru tu memang takkan datang .Asal kau takut bf lari?please lah dapat bf macam tu.Kalau dia sayang kau mesti dia suka perubahan kau tu.

Kau jangan buat sampai dia kecil hati,jangan sampai dia tak redha dengan ape yang kau buat.
tapi aku yakin dia akan sentiasa memaafkan dan meredhai je ape yang kau buat.
kalau kau sayang dia berubah.
ALLAH tu sentiasa ada dengan kita.
aku pun tak sempurna,tapi kita kena belajar dari masa silam kita,dari silap kita.